Isnin, 23 Mac 2009

Dark Sensor untuk lampu rumah

Satu lagi produk dikeluarkan minggu ini adalah Dark Sensor untuk lampu rumah, lampu pejabat, lampu kedai, lampu jalan dan sebagainya. Fungsinya adalah menyalakan lampu sedia ada apabila hari gelap dan padam apabila hari siang. Jika lampu luar rumah kita dihidupkan secara manual apabila malam, dengan alat ini ia melakukan kerja rutin anda secara automatik. Hanya on suis lampu, alat ini melakukan kerjanya. Jika tidak mahu, off kan saja suis lampu.



















Untuk pemasangan sangat mudah giler. Hanya pasang dengan sambungan pada wayar lampu dan selitkan alat ini pada mana-mana tempat yang anda suka asalkan sensornya tidak menghadap lampu yang dipasang dan tidak menutupinya. Yang penting sensornya menghala ke arah sumber cahaya matahari. Nanti alat ini boleh kesan kehadiran cahaya matahari atau tidak.

Sebelum alat ini dibuka untuk jualan umum, ianya sudah mendapat sambutan dan tempahan awal. Saya tidak nyatakan kegunaan dan kebaikan alat ini, tetapi mereka yang pertama kali mendengar akan alat ini sudah berimaginasi dan menceritakan alat ini berguna untuk orang yang selalu tinggalkan rumah berhari-hari dan pelbagai kegunaannya lagi. Bukan setakat rumah, untuk premis juga sangat berguna. Jadi saya tidak perlu ceritakan kebaikan alat ini kerana anda juga boleh fikirkan kegunaannya untuk rumah anda.


Alat ini sudah siap proses R&D dan siap sedia untuk dijual pada umum. Selain itu bagi mereka yang ingin menjana pendapatan, saya akan buka satu ruangan untuk anda promosi produk ini dan mendapatkan komisyen dari barang yang terjual (sistem affiliate). Pendaftaran adalah percuma. Jualan akan dibuka pada post blog seterusnya. Begitu juga untuk produk Touch Sense Immobiliser.

Produk disediakan dalam set berkotak disertakan dengan manual pemasangan.

Tiada ulasan: