Selasa, 26 Mei 2009

Dark Sensor for Home Light

Antara produk yang dicari-cari oleh semua orang. Alat yang bersaiz kecil dan boleh diselit pada mana-mana sudut. Tahan lasak dan tiada kesan sampingan kepada alatan elektrik yang disambung dengannya.



Produk ini diberi nama Pengesan Gelap yang berfungsi menghidupkan lampu rumah secara automatik apabila hari gelap atau malam. Sensor LDR terdapat pada alat ini bertindak sebagai pengesan cahaya persekitaran. Jika waktu malam atau hari gelap, alat ini akan menghidupkan lampu di rumah secara automatik.

Kebiasaan pengguna menggunakan alat ini pada lampu luar rumah atau lampu parking kereta. Ia boleh dijadikan alat keselamatan rumah apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari seperti balik kampung, out station dan sebagainya. Rumah anda tidak bergelap lagi walaupun anda tiada di rumah. Anda tidak perlukan timer dipasang pada lampu rumah anda. Hanya dengan alat ini, ia boleh melakukan tugasan setiap hari iaitu menghidupkan lampu rumah apabila hari gelap.


Setelah anda memasang alat ini, anda perlu on suis lampu seperti biasa. Maknanya suis lampu perlu on sentiasa. Alat ini akan menghidupkan lampu apabila hari gelap dan padam apabila hari siang atau terang. Jika anda tidak perlukannya, hanya suis off suis lampu sahaja. Alat ini sangat berguna untuk dipasang di setiap rumah kerana:

Saiz kecil dan ringan
Tidak menggunakan bekalan kuasa tambahan
Hanya pemasangan pada satu wayar lampu sahaja
Pemasangan mudah
Mempunyai pelarasan kepekaan cahaya. Anda boleh pilih suasana bagaimana yang anda mahu lampu on.
Tidak menggunakan relay yang boleh menghasilkan spark.
Tidak menghasilkan haba
Jika berlaku kerosakan, ia tidak merosakkan lampu (stand alone)
Sesuai untuk semua jenis lampu pijar (bulat) dan lampu kalimantang (lampu panjang).
Kalis air (tapi jangan suka-suka cuba celup dalam air pulak)
Buatan tempatan

Anda boleh lihat cara pemasangan pada lampu rumah anda pada manual yang diberikan. Namun begitu terdapat pantang larang juga untuk memasang alat ini. Jauhkan sensor dari menghala ke arah mentol lampu. Halakan ke tempat yang sesuai untuk sensor kesan terang dan gelap. Jangan tutup sensor atau salah letak alat ini pada tempat yang sempit dan sensor tidak boleh kesan keadaan sekeliling. Jika tidak, lampu akan on 24 jam.

Pemasangan adalah mudah sekali. Tapi jika ramai yang tidak tahu untuk pasang walaupun manual diberikan, ia akan menjadi peluang kepada orang yang tahu pasang. Ambil upah pasang alat ini di rumah-rumah.

Harga Seunit
RM30

Harga seunit adalah RM30 untuk harga pengenalan. Jadi, siapakah yang sesuai untuk membeli alat ini? Jawapannya untuk semua orang yang ada rumah, premis-premis, stor, para kontraktor pendawaian dan kedai-kedai lampu.

Alat ini telah melalui proses R&D dan juga pengujian yang berterusan di lab untuk memastikan masalah tidak berlaku semasa alat ini dipasang. Juga dilihat pada kesan perubahan terang gelap pada nyalaan lampu.

Sebagai pengenalan, alat ini belum dipasarkan serata tempat lagi melainkan melalui internet. Walaupun ada alat seumpama ini dijual di pasaran, alat ini berlainan dari segi sistem litar tetapi masih sama dari segi konsep kendalian alat.

Produk ini direka dan dihasilkan atas permintaan orang ramai yang mahukan sistem penghidup lampu rumah secara automatik yang mudah dan senang dipasang. Jika anda tahu pasang lampu rumah, begitu jugalah dengan alat ini yang senang dipasang kerana mempunyai dua wayar sahaja dan hanya perlu potong satu wayar pada lampu.

Dengan setiap pembelian alat ini akan disertakan dengan manual pemasangan lengkap beserta dengan tips-tips. Anda boleh cuba alat ini dan rasaikannya bagaimana alat ini membantu anda menghidupkan lampu rumah secara automatik. Jika di rumah saya pasangkan pada lampu luar, setiap kali balik lewat ke malam, tiada masalah bergelap lagi. Ini kerana lampu luar rumah sudah on automatik. Begitu juga jika pulang ke kampung berhari-hari meninggalkan rumah. Alat ini berfungsi setiap masa siang dan malam menghidup dan mematikan lampu rumah seolah-olah rumah saya berpenghuni.


Gambaran posisi yang sesuai dipasang

Begitu juga alat yang sama juga dipasang pada lampu pejabat saya (pejabat sendiri boleh la). Jadi, tidak perlu suruh jaga pasangkan lampu setiap malam. Jika terlupa tutup suis pun tidak menjadi masalah kerana alat ini mematikan lampu dengan sendiri. Jadi anda mahukan apa lagi dengan alat ini? Dapatkan sekarang dan cuba hasilnya!

2 ulasan:

adol berkata...

produk nie pun bagus gak...

Sham berkata...

cmner nk beli?