Blog Produk Kreatif

Blog Produk Kreatif

Jumaat, 5 Jun 2009

Dark Sensor (lampu automatik)

Dark sensor atau pun nama lain alat untuk lampu automatik boleh digunakan untuk semua jenis lampu rumah yang menggunakan talian voltan 240VAC. Ianya direka khas untuk menghidupkan lampu apabila hari gelap dan menutupnya semula apabila hari terang atau siang.

Alat ini tidak terganggu daripada pancaran lampu yang menyala yang dipasang berdekatan dengan lampu. Asalkan ianya tidak menghalakan sensor bertentangan dengan lampu. Lampu paling sesuai adalah lampu panjang atau kalimantang. Lampu pijar atau lampu bulat juga boleh dipasang dengan alat ini cuma ianya tidak secantik nyalaan lampu kalimantang.

Saya ada merakamkan video yang mana alat ini dipasang pada lampu di rumah. Ianya hanya sekadar ujian sahaja untuk membuat perbandingan waktu terang dengan waktu gelap. Cuba anda perhatikan juga nyalaan lampu tidak mengganggu alat tersebut walaupun keadaan diterangi oleh lampu tersebut. Pada video, bukan begitu caranya alat tersebut diletakkan. Sebenarnya ia dilekatkan pada syiling berdekatan pada lampu. Manakala sensor perlu dihala pada punca cahaya matahari.

video

Andaikan bahawa apabila pintu ditutup, ianya seperti waktu malam. Apabila pintu dibuka, ianya seperti waktu siang. Jangan pasang alat ini tergantung seperti dalam video. Ini sekadar ujian dan demo sahaja. Apabila pintu ditutup, lampu akan menyala. Apabila pintu dibuka, lampu akan padam.

Untuk menunjukkan demo sebenar seperti lampu akan menyala apabila waktu malam, saya memerlukan masa untuk pembikinannya. Sebab kena tunggu saat-saat yang tepat lampu menyala dan hari bertukar malam. Video ini sebagai permulaan dan maaf sebab rakam video guna kamera hand phone. Video cam saya rosak.

1 ulasan:

adol berkata...

i like this projek...