Produk Kreatif

Blog ini adalah blog. Bukan laman rasmi yang menyenaraikan senarai produk. Blog ini berfungsi sebagai ruang memberi makulumat, penerangan produk dan ciri-cirinya, pandangan sesuatu produk yang dihasilkan dan membincangkan perkara mengenai produk yang akan dan telah dihasilkan.

Blog Produk Kreatif

Blog Produk Kreatif

Khamis, 23 Julai 2015

Selamat hari raya AidilFitri

Assalamualaikum. Selamat hari raya.

Produk kreatif akan beroperasi sepenuhnya pada 27/07/15 iaitu pada hari isnin. Ini berikutan cuti raya Aidilfitri. Segala urusan akan bermula pada tarikh tersebut. Harap maklum.

Pada tarikh tersebut juga, tuan-tuan boleh datang melawat ke premis saya di alamat yang tertera di bawah. Tuan-tuan dialu-alukan untuk hadir bagi pelbagai urusan seperti membeli atau menempah produk, perbincangan projek dan permasalahan produk, workshop dan kursus pendek atau sekadar untuk melawat berjumpa dengan saya dan staft.

Untuk servis produk juga tuan-tuan boleh datang terus ke alat ini dan beserta dengan khidmat upgrade produk.

Alamat:

Lot 35-AC, Persiaran MPAJ, Jln Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.

Terima kasih


p/s:  Mulai tarikh tersebut, semua urusniaga produk boleh diambil terus ke alamat ini. Kecuali pembelian secara pos atas sebab lokasi pelanggan yang berjauhan.

Selasa, 14 Julai 2015

A video posted by Enique (@myenique) on

Selasa, 30 Jun 2015

Masalah Virus

Assalamualaikum. Salah ceria.

Untuk tempoh yang tertentu saya mengalami masalah berkenaan dengan produk yang telah dihasilkan untuk stok dan penjualan. Beberapa unit produk terutama produk metal detector mengalami masalah kronik yang masih belum dapat dikesan permasalahan tersebut. Bagaikan virus apabila semua unit yang dihasilkan baru-baru ini (sudah hampir sebulan) mengalami masalah yang serupa. Kesemua unit mengalami masalah yang serupa dan sehingga kini masih belum dapat mengetahui punca masalah tersebut.

Unit asal digunakan sebagai rujukan bagi menjejaki masalah tersebut namun ianya sukar dikesan. Pelbagai sudut dan ruang diperiksa. Hampir kesemua komponen telah diganti dan setiap laluan litar telah dijejaki namun masalah tersebut masih belum selesai.

Bagi saya ianya adalah virus. Ini kerana selama beberapa tahun penghasilan produk, belum pernah lagi masalah seperti ini berlaku. Masalah lain seperti kerosak komponen, board dan sebagainya Alhamdulillah mudah diatasi. Namun permasalah terbaru ini masih belum mendapat jawapannya.

Diharap tuan tuan di luar sana agar dapat memberikan kata semangat dan doa semoga saya dapat memperolehi kejayaan serta dapat menyelesaikan masalah pelik ini secepat mungkin.

Amin

Insyaallah selepas Raya Idulfitri nanti, dijemput tuan tuan datang ke service center saya yang baru di Pandan Indah. Bersebelahan dengan MPAJ. Bawa produk yang pernah tuan tuan beli untuk dibaiki atau di upgrade. Beberapa produk baru juga boleh diperolehi di sana.

Saya juga akan mengadakan beberapa kursus pendek berkaitan dengan inovasi dan penghasilan produk seperti metal detector, power solar dan sebagainya. Bilik kursus telah dibuat khas dan lebih selesa.

InsyaAllah.

Isnin, 27 April 2015

PI TRX double coil

Seperti post yang terdahulu, saya akan memberi sedikit penerangan mengenai alat pengesan logam jenis PI yang telah dinaik taraf kepada PI TRX double coil.
Fungsi alat masih sama. Cuma berbeza pada kepekaannya. Manakala dari segi luaran pula ada sedikit perubahan. Meter digital tidak digunakan lagi. Ia akan digantikan dengan LED. LED ini bertindak seperti meter digital sebelum ini. Cuma ia lebih nampak cantik dan berfungsi baik pada sebelah malam. Manakala fungsi buzzer adalah sama. Nadanya masih juga sama.

Tidak sama seperti produk luar dari pengilang besar, produk saya ini adalah basic atau asas semata mata. Jika dibuat penambahan kepada fungsi tertentu seperti paparan meter, volume, pelarasan sensitif dan sebagainya, ianya akan menampakkan pro. Cuma semua itu bermula dari basic.
Jika diterangkan kaedah basicnya, ada lagi basic. Bermula dari situlah, proses penambahbaikan bermula. Satu demi satu. Kemudian ia menjadi tren peningkatan yang mendadak sehinggakan adanya perlumbaan dan persaingan antara satu sama lain.

Ada beberapa pelanggan memberikan pendapat mengenai penambahbaikan alat ini. Dan ianya menampakkan supaya lebih kelihatan pro. Sehinggakan tiada sedikit pun seperti pembuatan sendiri. Memang saya faham akan hal sebegini. Apa yang pelanggan mahukan adalah satu presentation yang mantap tetapi kos yang sama seperti yang saya niagakan sekarang. Kos yang rendah tetapi fizikal yang setanding dengan luar. Itu yang saya nampak. Itu yang mereka mahukan.
Mungkin jika saya berminat, saya pasti ikut apa yang dikehendakkan. Namun begitu terpulanglah kepada kehendak masing masing atas apa yang dikehendakkan itu. Namun saya masih kekalkan persembahan sebegini supaya orang kenal akan produk saya yang sememangnya buatan sendiri dan menggunakan bahan bahan murahan seperti batang paip pvc, lapik pasu dan sebagainya. Ianya menjadi hasil kebanggaan saya walaupun dikritik oleh pelanggan dan juga rakan rakan seperjuangan.

Pada sistem PI TRX ini tidak sama binaan coilnya. Dahulu ianya single. Kini ianya sudah sampai kepada 3 coil. Walaupun ianya terdapat 3 atau lebih coil, fungsinya masih sama menggunakan pendawaian double coil.  Nampak sahaja pembinaannya mungkin sukar dan leceh, tetapi bagi saya ianya lebih efektif berbanding model versi lama yang dulu. Dahulunya sistem yang menggunakan single coil walaupunnya sensitif dan menggunakan flat coil, ianya sangat susah untuk mengesan syiling 5 sen. Tambahan pula jika menggunakan coil lilitan bebas memang tidak dapat langsung mengesan syiling 5 sen.
Dengan penukaran sistem TX RX ini, semua masalah ini dapat diatasi. Hanya dengan menggunakan 2 coil lilitan bebas sahaja pon sudah nampak perbezaan kepekaannya. Tidak perlulah lagi untuk meletakkan flat coil.

Pi menggunakan single frequency. Dan tidak boleh menghasilkan multi frequency secara serentak. Sebabnya pada setiap frequency perlu ada pelarasan zero beat. Jika tidak alat tidak berfungsi dengan baik. Seperti yang saya katakan tadi, ianya benar benar basic. Namun jika masukkan satu peranti tambahan yang boleh diprogramkan ianya akan menjadi Pro.
Pi biasa menggunakan single frequency. Untuk kali ini saya menambahkan satu suis pilihan frequency. Atau mudah diterangkan pemilihan frequency high or low. Untuk high frequency ia lebih cenderung kepada pencarian logam kecil. Manakala untuk low frequency ia adalah standard. Namun begitu pemilihan high frequency menjadikan alat sedikit panas dan bateri pula cepat habis.

Sedikit pencerahan. Frekuensi yang tinggi menghasilkan denyutan atau ayunan yang laju. Ianya diukur hanya mikro saat. Walaupun sedikit perbezaan pun sudah memadai menghasilkan perbezaan pada semua kendalian sistem. Keluaran pada frekuensi ayunan tersebut akan keluar kepada gegelung pengesan yang bertindak menghasilkan gelombang PI yang besar (sehinggakan gelombang ini dibenci oleh pengguna vlf kerana mengganggu sistem mereka).

Atas sebab perubahan ketara ini, saya tidak mengeluarkan lagi PI yang menggunakan single coil. Walaupun saya boleh jual pada harga sangat murah. Begitu juga pada pengesan jenis BFB juga tidak akan dikeluarkan lagi kecuali atas permintaan terdesak. Model seterusnya jenis IB juga saya tidak berhasrat untuk menjualnya kerana banyak kelemahan berbanding kelebihannya.



Oleh itu juga, kepada pelanggan yang pernah membeli PI single coil, bolehlah kiranya untuk upgrade kepada double coil. Sedikit cas akan dikenakan. Dan bentuk cover coil juga akan upgrade supaya lebih kukuh dan boleh selam di dalam air,
Rakan rakan boleh hubungi saya untuk upgrade kepada TRX yang lebih efektif dan berkeyakinan.

Khamis, 5 Februari 2015

Download manual

Download manual di bawah ini.

File manual untuk BB atau BFB
Share Manual BFB.pdf - 342 KB

File manual untuk PI2
Share Manual PI2.pdf

File manual untuk Pin Pointer
Share Manual Pin Pointer.pdf

Untuk manual produk lain akan di update kemudian.

Isnin, 21 Julai 2014

Menaik taraf MD BFB

Assalamualaikum.  Salam ceria.

Sebelum ini saya ada memperkenalkan produk MD jenis BFB. Apa yg menjadi menarik perhatian adalah rekabentu yang terbaru. Ianya agak mesra pengguna.

Namun begitu, setelah dibuat beberapa kali ujian di lokasi sebenar, ianya masih menampakkan keberhasilannya. Pun begitu saya masih membuat penambah baikannya demi memastikan ianya lebih mantap dan memuaskan.

Kali ini saya telah membuat bentuk coil lebih kukuh dan tahan lasak walaupun bentuknya empat segi. Tahap kepekaannya tidak berubah walaupun bentuk asalnya telah diubah. Selain itu, coil MD ini boleh diguna di dalam air tawar. Ianya sudah diuji dan hasilnya sangat memuaskan.

Untuk pengeluaran produk akan datang, saya telah memutuskan untuk menggunakan rekaan coil segi empat ini. Bagi saya ianya lebih sempurna pembuatannya dan lebih nampak kemantapannya.

Harga masih sama.
Terima kasih.

Alat Pengesan Logam Jenis TRX

Assalamualaikum dan salam hormat. Bersua lagi kali ini dengan pengunguman produk terbaru. Setelah lama diharapkan dan dinantikan, akhirnya terlaksana sudah. Itu pun sudah hampir hampir dah nak raya puasa baru siap sepenuhnya. Mana member yang memang menanti tu akhirnya dapat jawapan sekarang. Dan begitu juga pada member yang tinggal jauh seperti di Kelantan,  terpaksalah siapkan dan buat penghantaran dengan kadar segera sebab takut barang sampai lepas raya pula. Yang mana member dekat area Selangor KL memang tiada masalah sebab boleh datang terus ambil.

Kali ini alat pengesan logam jenis TRX sudah pun keluar. Sistem yang menggunakan dua kaedah memancar dan menerima telah dihasilkan. Namun apa yang berlainan adalah ada sedikit perbezaan positif dengan alat pengesan lain. Setakat ini jenis TRX adalah yang paling atas kedudukan senarai alat pengesan logam yang telah dihasilkan. Tetapi walaupun begitu proses penghasilannya pula adalah lambat dan terperinci sedikit berbanding yang lain. Dan hasilnya pula bolehlah dikatakan yang terbaik setakat ini.

Jadi secara pendeknya saya jelaskan kegunaan dan sifat sifat terbaru jenis TRX ini. Jika dilihat pada kotak kawalannya hampir sama dengan jenis PI2. Tetapi ia tiada paparan meter. Hanya bunyi buzzer saja. Jadi hanya pada bunyi sahaja untuk alat ini. Namun begitu, walaupun hanya bunyi sahaja, ianya lebih sensitif untuk mengesan. Manakala buzzer diletakkan di bahagian luar kerana bagi mengelak kemasukan air ke dalam kotak kawalan. Buzzer pula tahan kepada air jika ia terkena.

Alat pengesan boleh mengesan logam di dalam air. Sama ada air tawar mahupun air masin atau laut. Walaupun ianya boleh dibawa menyelam namun ianya lebih sesuai diguna atau diselamkan sehingga paras kotak. Namun jika tiada pilihan untuk diselamkan semua, pastikan alat dikeringkan selepas digunakan atau tidak digunakan lagi. Semua kaedah dan tips diterangkan di dalam mahual pengguna.

Bagi segi beratnya alat ini, ianya terasa berat sedikit berbanding jenis sebelumnya kerana pada bahagian coilnya dibuat dengan lebih padu. Ini bagi mengelak dari kebocoran dimasuki air.

Maklumat dari pencari barangan logam sebelum ini lebih kehendakkan satu aktiviti yg agak berlainan seperti pencarian di dalam air. Dengan adanya alat terbaru ini diharapkan aktiviti tersebut dapat dilakukan dengan mudah dan menyeronokkan.

Jika berminat dan ingin membuat pembelian atau tempahan, sila hubungi saya terus. Terima kasih.